Tuesday 1 March 2011

Akan ku tuggu saat itu...

Hari demi hari aku makin dewasa,aku sudah dapat merasai bagaimana menjadi org dewasa. pada awalnya aku rasa aku masih belum bersedia menempuh waktu2 itu, tapi klu difikirkan balik, pengalaman lepas banyak mengajar aku untuk menjadi lebih matang dan berfikir dengan lebih luas. walaupun aku agak gugup untuk menghadapinya, namun aku yakin berbekalkan pengalaman aku lepas yang berharga akan membantu aku menempuh pelbagai ranjau lagi ditahun-tahun akan datang.

Aku bukannya seorang yang boleh dibanggakan dengan apa yang ada. Aku adalah seorang pemuda biasa yang rendah diri dan suka memerhati keadaan sekeliling aku. Banyak lagi aku pelajari dalam hidup ini, banyak lagi perkara yang kurang dalam diri aku dan perlu aku isi. Aku ibarat botol yang belum penuh isinya, bagai rumah yang siap sepenuhnya dan bagai lukisan yang belum sempurna. Aku rasa aku seperti ulat yang masih didalam kepomponnya, yang belum dapat membentangkan kepaknya yang cantik dan menarik perhatian ramai, aku belum ada sesuatu yang dapat menunjukkan bahawa "itulah aku".

Mungkin akan tiba masa juga nanti, aku perlu bersabar lebih lagi. Aku yakin Allah SWT pasti akan membuka ruang kepada hambanya yang berusaha dan yakin kepada-NYA. Aku hanya perlu menunggu masa aku untuk bersinar kilauan berlian yang digilap. Akan ku tunggu saat itu......Sabar wahai hati...